Assalamuualaikum dan salam sajahtera buat semua pengunjung blog nih, lama dah aku x update blog nih.. buzy skit dgn keje yg bertimbun di tempat praktikal... anyway..straight to the point!!! kali nie aku nak bercerita tentang bab nyanyia... ermmm..mcm biasa,, aku kumpul maklumat dari beberapa laman web dan cuba post kan d blog aku ni...kalo ada yg berminat nak baca lah..aku terus post gak di Laman sosial FB... huhuhu.. ok..
Anda mungkin tertanya-tanya apa yang ada pada penyanyi yang hebat tetapi tidak ada pada penyanyi biasa... Apa yang membuatkan kita mendengar dan terus mendengar lagu-lagu penyanyi kegemaran kita atau apa yang membuatkan kita membeli cd mereka?
Anda mungkin tertanya-tanya apa yang ada pada penyanyi yang hebat tetapi tidak ada pada penyanyi biasa... Apa yang membuatkan kita mendengar dan terus mendengar lagu-lagu penyanyi kegemaran kita atau apa yang membuatkan kita membeli cd mereka?
Aku telah pergi ke beberapa laman web, dan aku telah menjumpai salah satu daripada tips bagaimana untuk menjadi penyanyi, antara petikan yang mereka ungkapkan ialah "...Untuk menjadi penyanyi yang hebat seumpama membuat kek, yang mana kita memerlukan bahan-bahan yang betul dengan cara membuat yang betul serta mempunyai oven berkualiti serta berfungsi dengan betul .... "
Antara lain Maklumat yang dapat aku kongsi dgn korang ialah asas dalam untuk menjadi penyanyi yang hebat, terdapat 3 perkara asas untuk menjadi hebat sebagai seorang penyanyi :
1. Kebolehan Menyanyi.
Kebolehan atau bakat menyanyi ini selalunya ada semasa anda dilahirkan lagi. Mereka juga berupaya menghiburkan "audience" mereka dengan hanya meluahkan segala emosi mereka melalui nyanyian mereka. Apabila mereka di pentas mereka betul-betul menggunakan ruang pentas mereka dan benar-benar enjoy berada di situ, sekaligus menarik perhatian audience yang menonton persembahan nyanyiannya untuk sama-sama menikmati persembahan beliau.
2. Karisma
Ini yang kita panggil sebagai x-factor. Pada asasnya penyanyi sebegini menampakkan keikhlasan dari setiap gerak geri serta penampilan mereka di pentas. Untuk menjadi penyanyi yang berkarisma, anda perlu kenal diri anda, siapa anda dan berani untuk menonjolkan diri dengan cara anda yang tersendiri tanpa meniru atau hampir meniru gaya penyanyi lain. Jika anda membuatkan orang berpaling kepada anda sebaik saja anda muncul maka anda mempunyai x-factor yang di maksudkan.
3. Mencari peluang dan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik.
Anda harus mencari peluang dan tidak hanya duduk diam menunggu kejayaan jatuh ke riba anda. Anda juga perlu bergaul dengan orang yang boleh membantu anda dan mestilah mempunyai keazaman yang kuat dan tidak takut untuk menerima tohmahan dan kritikan yang boleh menjatuhkan semangat anda untuk berjaya.
Kesimpulannya anda tidak harus takut untuk berusaha dan memperbaiki diri dan mutu nyanyian serta bersedia membuat perubahan. Penyanyi yang hebat adalah orang yang berani kerana setiap kali mereka di atas pentas atau merakamkan lagu, mereka akan berhadapan dengan segelintir masyarakat yang bakal mengutuk serta mencaci mereka. Namun dengan 3 asas penting yang di atas anda sudah berada dilandasan yang betul untuk menjadi penyanyi yang hebat!!!.
Apa yg tertulis di atas ialah cuma untuk peringkat awal sekiranya ada di kalangan kita yg berminat nak jadi penyanyi, bagi yg seterusnya, serba sedikit menceritakan tentang teknik-teknik/tips nyanyian.
Tips Nyanyian
Di dalam beberapa laman web, aku juga telah menemui beberapa tips lain untuk menerangkan dalam bab nyanyian. Dimana ia penulis tersebut mengatakan bahawa menyanyi adalah sifat semulajadi yang ada dalam setiap naluri manusia. Nyanyian juga sejak beribu-ribu tahun dahulu menjadi tunjang kepada peradababan manusia, kesenian, keagamaan dan yang paling ketara dalam percintaan. Kita tidak semua lahir dengan kebolehan menyanyi, walau bagaimanapun dengan latihan yang betul dan sesuai setiap orang BOLEH menyanyi. Berikut merupakan beberapa tips untuk menyanyi dengan cara yang betul bagi mempersiapkan anda untuk menyanyi secara professional, ke audition atau di karaoke dan juga di bilik air..hehe.
1. Kawalan Pernafasan
Salah satu kesalahan yang ramai orang lakukan ketika menyanyi adalah dengan menahan nafas ketika menyanyi. Sedangkan yang sepatutnya anda perlu melepaskan atau membiarkan saja nafas anda mengalir seperti biasa, jika tidak anda akan merasakan kesukaran untuk mencapai "note tinggi" dalam nyanyian. senang cakap terkehel bila nak tarik.
Untuk itu, anda harus belajar satu cara pernafasan yang dipanggil diaphragmatic breathing. Teknik pernafasan ini adalah menarik nafas masuk ke dalam paru-paru anda yang bawah sekali. Pasti ramai yg mula garu kepala ...hahaha..OK! senang cerita, korang ikut apa yg aku cakap, cuba baring melentang atas katil, kaki lunjur, kemudian letakkan tangan anda diatas dada sebelah atas dan tangan kiri anda di atas dada sebelah bawah (dekat tulang rusuk). Bila bernafas pastikan tangan kanan anda di atas dada sebelah atas tidak bergerak, manakala tangan kiri di atas dada sebelah bawah bergerak ke atas dan ke bawah.
2. Perkembangkan Suara Asli Anda
Bila menyanyi, dengan tidak sengaja pasti anda akan terikut-ikut cara nyanyian penyanyi asal, fenomena ini berleluasa di Malaysia suatu waktu dulu dimana ramai yang meniru suara Jamal Abdillah begitu juga Dato' Siti Nurhaliza. Ini adalah tidak bagus jika anda hendak menjadi penyanyi yang hebat. Untuk hendaklah mempunyai identiti suara anda sendiri, pendek kata kena ada "trademark" anda sendiri. Untuk cuba lari dar terikut-ikut ini cubalah menyanyi lagu yang anda kurang minat dengan penyanyi nya atau anda lansung tak pernah dengar pun lagu serta penyanyinya. Mulanya anda akan merasa kurang selesa, jika anda cuba sekerap yang mungkin lama-kelamaan ianya akan menjadi biasa dan sedikit demi sedikit anda akan nampak keaslian suara anda, mat salleh cakap "ORIGINAL".
p/s : tips ini memerlukan kesabaran dan latihan serta memakan masa sedikit.
3. Latih Diri Anda Beremosi
Nyanyian dan muzik adalah bersangkut paut dengan emosi. Sesebuah nyanyian mengutarakan sebuah cerita, warna, perasaan, kesedihan dan kebahagiaan. Dengan hanya setakat mengenal nota-nota muzik dan pandai menyanyi sahaja tidak mencukupi untuk menjadi penyanyi hebat. Anda harus pandai mengawal emosi anda. Setiap lagu yang ingin dinyanyikan harus diteliti dan difahami isi kandungan dan ceritanya, apakah emosi dalam lagu itu? apakah emosi dalam melodi lagu itu? ini semua harus dikaji. Biasa orang cakap kita kena "feel" kan lagu tu baru lah sedap. Bila emosi berjaya dengan kemahiran vokal yang ada maka lengkaplah nyanyian.
4. Menyanyi Depan Cermin
Cermin adalah alat yang penting dalam pembelajaran vokal anda. Bunyi macam tak logik bukan???? Tapi inilah hakikatnya. Dengan menyanyi dihadapan cermin anda sendiri dapat melihat posture badan anda sewaktu menyanyi (ini amat penting ketika menyanyi). Expresi muka dan mulut serta teknik pernafasan anda. Cuba buat ujian depan cermin dengan menyanyi sambil membongkok, tak buka mulut dengan sepatutnya dan cuba menyanyi dengan berdiri tegak dan membuka mulut dengan sepatutnya. Dont be surprised anda akan selesa menyanyi bila anda berdiri tegak sambil menyanyi dengan membuka mulut dengan sepatutnya. Itulah kegunaan cermin!.
5. Berhenti ...
Yang ni mungkin berat sikit bagi sesetengah orang untuk mempraktikkannya. Namun untuk menjadi penyanyi yang berkaliber anda kena berhenti merokok, cakap dengan menjerit atau suka menjerit-jerit dan kurangkan meminum ais beberapa jam sebelum anda menyanyi. Aku takkan kupas la dgn bab ni, kerana ada bersangkut paut dengan tabiat manusia, yg penting aku dah bagitau...pandai2 korang la yer...hehe..
6. Latihan Latihan Latihan
Nyanyian jika tidak di asah atau di latih takkan membawa anda kemana-mana. Dengan berlatih anda akan mengenali kelemahan dan kelebihan suara anda, anda juga dapat kenalpasti lagu yang bagaimana selesa dengan anda, juga dengan latihan anda boleh berexperimen dengan suara anda, cuba sabar suara anda ketahap yang diluar kemampuan anda, dengan cara ini suara anda menjadi flexible dan mungkin anda boleh jadi versatile singer. Ambil kesempatan untuk menyanyi dimana-mana sahaja, rasakan keseronokan menyanyi dan cuba menyanyi dihadapan rakan-rakan secara tak lansung atau secara lansung dan dapatkan komen dari mereka, jikalau komen-komen yang diterima membanggakan maka jgn percaya, krn tugas anda sekarang ialah mencari kelemahan pada suara anda, bukan utk mendegar pujian..krn kadang-kadang pujian mereka hanyalah utk mengambil hati anda, jadi faham2 sendiri lah ye?? SELAMAT MENCUBA!!!
Aku cuma bercerita n sengaja kongsi semua nie..tp kalo aku sendiri nak menyanyi mmg hampeh la...aku buat artikel ni sekadar utk mereka yg berminat dalam bab nyanyia..hope korang puas hati la k?? ...TQ..
Klik la pada link kat bawah utk baca lebih banyak maklumat :