02 March 2011

Dari Mana Idea Tercipta Komputer


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pengunjung blog aku ni...
thanks...coz ...sudi melawat k...huhu...
utk kali nie...aku nak berkongsi maklumat dari apa yg aku dah bace....
mengenai Idea-Idea bagaimana terciptanya Komputer....... 

ok...aku akan terus kan celoteh aku nie...hahhahaha... Pada zaman dahulu...
manusia khususnya buat mereka yg terlibat dalam bidang perniagaan....
menggunakan jari utk membuat pengiraan dari 0-9 ... 
operasi tambah,tolak,darab dan bahagi....
tp..apabila perniagaan semakin berkembang....penggunaan jari xdpt lagi digunakan....

3 buah negara yang telah mula2 menggunakan pengiraan yg rumit dgn jumlah yg besar...
darab,tolak,bahagi dan tambah....pengiraan dalam jumlah yg besar lebih mudah dilakukan dgn menggunakan 
sempoa.... 

lumrah alam...setiap hari makin berkembang... perniagaan pun mula berkembang...
maka John Napier.... pada tahun 1617 memperkenalkan sifir logarithma .... dan alat dipanggil Tulang Napier (Napiers Bone) ... alat ini juga mampu diguanakan utk mencari punca kuasa nombor... 
Napier's Bone adalah diperbuat daripada tulang, kayu, logam dan kad... 


Setelah itu...pada tahun 1642...Blaise Pascal mencipta mesin mekanikal kira yang pertama.... 
Blaise Pascal yang merupakan ahli Matematik dan ilmu Keberangkalian.... selepas itu mesin Blaise Pascal terus dimajukan oleh William Leibnitz.... 


seterusnya pada tahun 1816, Charles Babbage membina "the different engine" . Mesin ini 
boleh menyelesaikan masalah pengiraan sifir matematik .... seperti logarithma secara mekanikal dengan tepat sehingga 20 digit. mengikut kertas cadangan beliau...mesin ini menggunakan kad tebuk sebagai input...
boleh menyimpan kerja-kerja sebagai ingatan...dan melakukan pengiraan secara automatik...
dan seterusnya memberi output dalam bentuk cetakan pada kertas... 

pada mulanya...ciptaan Charles Babbage ini telah banyak memberi kejutan buat semua saintis...
kerana mesin ini dianggap terlalu maju ..... Projek pembinaan ini walau bagaimanapun ...
terbengkalai kerana ketiadaan sokongan teknikal yang dianggap terlalu maju pada masa tersebut... 


Babbage kemudian menumpukan perhatiannya kepada "the analytical engine". Kekurangan teknologi 
pada masa tersebut juga menyebabkan projek ini ditangguhkan ..walaupun gagal menyiapkan kedua-dua 
mesin, idea babbage didapati amat berguna kepada pembentukan komputer moden pada hari ini....
Semua komputer pada hari ini menggunakan model mesin seperti yang dicadangkan oleh Babbage iaitu...
input, ingatan, pemprosesan dan output... 

pertama sekali kad tebuk ini digunakan ialah pada 1801 iaitu untuk industri tekstil pada mesin 
penenunan automatik ciptaan Joseph Jecquard. Mesin ini membaca data dengan menganalisa kod-kod 
lubang pada kertas. 


Herman Hollerith mempopularkan penggunaan kad tebuk sebagai alat input data. Mesinnya yang menggunakan kad tebuk berjaya memproses data untuk membanci penduduk Amerika Syarikat pada tahun 1887. Penggunaan kad tebuk kemudiannya diperluaskan kepada bidang-bidang seperti insuran, analisa jualan 
dan sistem akuan kereta.... 


Howard Aiken memperkenalkan penggunaan mesin elektromekanikal dipanggil Mark I pada tahun 1937.
satu bahagian mesin ini adalah elektronik dan sebahagian lagi mekanikal. Bentuknya besar dan berat serta mengandungi talian wayer yang penjang...semua operasi di dalam komputer dijalankan oleh geganti elektromagetik. Mark I boleh menyelesaikan masalah fungsi-fungsi trigonometri di samping pengiraan asas.
Sungguhpun demikian ia masih dianggap lembab dan terhad oleh kerana jumlah storan ingatan yang sedikit...

Selepas tahun 1940

Komputer2 selepas tahun 1940 adalah elektronik sepenuhnya... 
di samping pengiraan yang kurang tepat mesin2 mekanikal sebelum ini adalah terlalu besar, 
menggunakan kos yang tinggi untuk mengendalikannya... dan memerlukan terlalu banyak tenaga manusia
untuk pengawasan...

Evolusi komputer selepas tahun 1940 boleh dikelaskan kepada lima generasi. 
Angka dalam kurungan menandakan tarikh anggara. 

Generasi Pertama ( 1940 - 1959 )
Generasi Kedua ( 1959 - 1964 )
Generasi Ketiga ( 1964 - awal 80an ) 
Genarasi Keempat ( masa depan ) 


Generasi Pertama 
Tiub-tiub vakum digunakan utk memproses dan menyimpan maklumat.... 


Tiub2 berukuran mentol lampu kecil, ia merupakan tiub yg mudah panas dan terbakar..
beribu-ribu tiub vakum yang diperlukan pada satu masa supaya setiap yang terbakar tidak menjejaskan operasi keseluruhan komputer... komputer juga menggunakan tenaga elektrik yang banyak sehingga 
kadang2 menyebabkan gangguan pada kawasan sekelilingnya..

komputer ini 100% elektronik, berfungsi utk membantu ahli sains menyelesaikan 
masalah pengiraan trajektori dengan pantas dan tepat...
saiznya amat besar dan boleh dikelaskan sebagai kerangka utama (main frame)... contoh komputer
generasi pertama ialah ENIAC ( Electronic Numerical Integrator And Calculator ). 
Dicipta oleh Dr. Mauchly dan Presper Eckert pada tahun 1946. 



Perkembangan yang paling dihargai ialah permulaan komputer menyimpan ingatan di dalamnya...
dikenali sebagai konsep aturcara tersimpan (stored program concept). Konsep yang dicadangkan 
oleh John Von Neumann ini juga menitikberatkan penggunaan nombor binari untuk semua tugas pemprosesan dan storan... 

Dr. Mauchly dan Eckert juga membantu pembinaan komputer EDVAC ( Electronic Discrete Variable Automatic Computer ) yang mengurangkan penggunaan tiub2 vakum. Pengiraan juga menjadi lebih cekap daripada ENIAC. EDVAC menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcara tersimpan. 


Komputer EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Calculator) memperkenalkan penggunaan raksa (merkuri) dalam tiub untuk menyimpan ingatan. Cara ini didapati lebih ekonomi daripada tiub vakum tetapi pada amnya ia masih dianggap terlalu mahal. EDSAC dimajukan oleh Universiti Cambride, England. 

Pada tahun 1951 Dr. Mauchly dan Eckert mencipta UNIVAC I (Universal Automatic Calculator) komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan. Turut menggunakan tiub raksa (merkuri) untuk storan. UNIVAC I digunakan oleh Biro Banci Penduduk Amerika Syarikat. Selepas kejayaan ENIVAC I banyak komputer2 berkaitan pengurusan dan perniagaan muncul selepasnya...

Generasi Kedua 


Komputer2 genarasi kedua menggunakan transistor dan diod untuk menggantikan tiub2 vakum...
menjadikan saiz komputer lebih kecil dan murah..daya ketahanan transistor didapati lebih baik kerana ia tidak mudah terbakar jika dibandingkan dengan tiub vakum... 
cara baru menyimpan ingatan juga diperkenalkan iaitu teras magnetik... teras magnetik menggunakan besi2 halus yang dililit oleh litaran elektrik...keupayaan pemprosesan dan saiz ingatan utama komputer juga bertambah. ini menjadi komputer lebih pantas menjalankan tugasnya...


Kemunculan FORTRAN dan COBOL menandakan permulaan bahasa peringkat tinggi untuk menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang lebih sukar. Dengan yang demikian pengendalian komputer menjadi lebih mudah ...Era ini juga menandakan permulaan minikomputer iaitu yang kedua terbesar dalam famili komputer. Harganya lebih murah berbanding daripada kerangka utama. Komputer DEC PDP-8 ialah minikomputer pertama dicipta pada tahun 1964 bagi memproses data2 perniagaan. Lain2 komputer dalam generasi ini ialah IBM 7090 dan IBM 7094.


Generasi Ketiga 
Penyelidikan mikroelektronik yang pesat berjaya menghaluskan transistor kepada saiz mikroskopik. beberapa  ratus ribu transistor ini dapat dipadatkan ke dalam kepingan segiempat silikon melalui proses yang dipanggil
pengamiran skala besar (large scale integration,LSI). untuk menghasilkan litar terkamir atau lebih dikenali dengan panggilan cip...


Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil menjadikannya popular digunakan dalam kebanyakan alat elektronik dan harganya jauh lebih murah berbanding dengan komponen elektronik yang lain... 

Banyak bahasa pengaturcaraan muncul seperti BASIC, Pascal dan PL/1. Kebanyakan mikrokomputer dibekalkan dengan pentafsir bahasa secara bina dalam di dalam cip ROM untuk membolehkan bahasa BASIC digunakan. ini menjadikan BASIC bahasa pengaturcaraan yang paling popular pada mikrokomputer. 



Generasi Keempat 


Cip masih digunakan untuk pemprosesan dan menyimpan ingatan. Ia lebih maju, mengandungi sehingga beratus ribu komponen transistor didalamnya..proses pembuatan cip teknologi tinggi ini dipanggil pengamiran  skala amat besar (very large scale integration, VLSI). Pemprosesan dapat dilakukan dengan lebih pantas, sehingga berjuta bit sesaat. Ingatan utama komputer menjadi lebih besar sehingga menyebabkan storan sekunder kurang penting...Teknologi cip yang maju ini mendekatkan jurang di antara mikrokomputer dengan minikomputer dan juga mikrokomputer dengan kerangka utama..Ini juga mewujudkan satu lagi kelas komputer dipanggil superkomputer,,,yang lebih pantas dan cekap berbanding kerangka utama.... 


Maklumat didapati dari Beberapa Laman Web dan Dikumpul. 























No comments:

Post a Comment