03 March 2011

WikiLeaks ...Oh..WikiLeaks


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.....kali nie aku nak mengungkap mengenai WikiLeaks .....
sebelum terlupa!....thanks ek coz masih sudi melawat blog aku nih...huhu...WikiLeaks ....pasti ramai yg dah tahu mengenai WikiLeaks ....aku sendiri pun msh blum berapa memahami mengenai WikiLeaks ....sbb itu la aku mencari maklumat, selepas itu membuat analisis maklumat...dan paparkan di blog aku nih...bru mudah pemahaman aku mengenai blog nih...ok! aku akan teruskan syarahan aku ni...chewah! haha... WikiLeaks ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang bertapak di Sweden 

Sweden 
yang menerbitkan dokumen-dokumen sulit yang didapati daripada sumber-sumber yang tidak diketahui danmaklumat internet yang dibocorkan... Tapak webnya dilancarkan pada tahun 2006 dan dikenali oleh The Sunshine Press. 
Sunshine Press
Pertubuhan ini mendakwa ia diasaskan oleh para penentang politik China , Wartawan , Ahli Matematik dan Ahli Teknologi Syarikat baru dari Amerika Syarikat , Taiwan , Eropah , Australia dan Afrika Selatan. Menurut rencana akhbar dan majalah New Yorker (7 Jun 2010), seorang wartawan dan aktivis internet berbangsa Australia bernama Julian Paul Assange adalah pengarahnya. Setahun selepas di lancarkan, tapak ini mengaku menyimpan dokumen melebihi 1.2 juta. 

New Yorker Magazine 
Pengasas WikiLeaks , Julian Paul Assange menyerah diri kepada polis Britain bagi membantu siasatan 

Julian Paul Assange
jenayah seksual di Sweden. Pada april 2010, WikiLeaks menghantar video serangan helikopter 2007 di mana orang awam Iraq dan kakitangan Reuter dibunuh oleh tentera AS, di sebuah tapak web yang dipanggil Collateral Murder. 

Lepas ni aku akan cerita sikit tentang biografi Julian Paul Assange ...tggu di akhir cerita nie....Pada julai pula, WikiLeaks mengerluarkan Diari Perang Afghan, susunan lebih 76,900 dokumen risikan A.S mengenai perang Afghanistan. Pada Oktober tahun yang sama, tapak web ini mengeluarkan pula hampir 400,000 dokumen yang dipanggil Log Perang Iraq dengan kerjasama pertubuhan media komersil utama. Seterusnya pada November, ia mula membocorkan lebih 250,00 kawat diplomatik A.S , sekali lagi dengan kerjasama beberapa pertubuhan akhbar komersil utama. Sekitar 100,000 dilabel "sulit" manakala 15,000 dokumen lagi dilabel "rahsia". 

Sejak Akhir2 nie..media asyik melaporkan tentang WikiLeaks , semalam WikiLeaks membuat pendedahan terbaru, bahawa Anwar Ibrahim memang seorang peliwat...

Anwar Ibrahim
WikiLeaks menyebut, Singapura didapati mengesahkan kepada Agensi perisikan Australia bahawa Anwar memang seorang peliwat. Ini bermakna di kalangan agensi perisikan dan keselamatan Barat, terutama Amerika Syarikat memang sudah maklum mengenai aktiviti sumbang seks Anwar ini. 

Lagi, WikiLeaks mendedahkan beberapa kenyataan diplomat Singapura terhadap pemimpin negara Asia, termasuk Malaysia, yang dianggap mengamalkan rasuah, tidak cekap atau bodoh. 

Petikan Berita Harian : 

"Kepimpinan tidak cekap adalah masalah besar kepada Malaysia", Setiausaha tetap Kementerian Luar, Bilahari Kausikan dilaporkan menyatakan demikian kepada Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat bagi Asia Timur, David Sedney dalam kabelnya bertarikh September 2008. 

Justeru, keadaan di negara jiran, Malaysia adalah mengelirukan dan berbahaya, dan kemungkinan jelas boleh berlaku konflik perkauman yang menyaksikan golongan etnik Cina melarikan diri dari Malaysia dan membanjiri Singapura. 

Seorang lagi pegawai, Peter Ho, dilaporkan menyifatkan Perdana Menteri MalaysiaDatuk Seri Najib Razak sebagai seorang oportunis yang tidak teragak-agak mencari kesalahan Singapura jika beliau perlu melakukannya. 

Pendedahan mengenai Steven Spielberg (pengarah,penerbit filem terkenal) , 14 negara arab boikot Steven Spielberg. 

WikiLeaks mendedahkan penerbit filem terkenal berketurunan Yahudi, Steven Spielberg dan Yayasan miliknya, Righteous Persons Foundation diboikot oleh Liga Arab pada 2007. Spielberg disenaraikan hitamkan oleh Pejabat Boikot Arab selepas dia menderma sebanyak AS$1 juta (RM 3.2 juta) kepada israel semasa konflik bersenjata di Lebanon pada 2006. 

Liga Arab 
Satu memo kedutaan Amerika Syarikat yang didedahkan oleh WikiLeaks menunjukkan semasa persidangan Liga Arab pada April 2007, diplomat atau wakil dari 14 negara mengundi untuk menggantung semua fikiran dan produk-produk lain berkaitan dengan Spielberg atau yayasan miliknya. Menurut memo itu, ketua jabatan pemboikotan serantau terhadap Israel dari Syria, Muhammad al-Ajami, berkata ..

Muhammad Al-Ajami

Algeria, Iraq, Lebanon, Kuwait, Libya, Maghribi, Palestin, Qatar, Arab Saudi, Sudan , Syria , Tunisia , Emiriah Arab Bersatu dan Yemen bersetuju untuk menggantung semua hasil kerja Spielberg. 

Malaysia , Iran , Pakistan dan Indonesia yang turut hadir pada sidang itu menyokong keputusan itu. Memo dari kedutaan Amerika Syarikat di Damsyek ke Washington menyatakan bahawa negara tersebut dan negara lain akan melaksanakan penggantungan mereka sendiri, sama seperti yang diambil oleh negara Arab. 

Sambungan derma itu dilihat sebagai hipokrit di pihak Spielberg memandangkan pendirian etika diambil oleh Spielberg dalam isu lain termasuk Darfur, malah ia mengakibatkan lebih banyak kemarahan. 

"Malah pemaparan watak orang Arab dalam filem. Raiders of the Lost Ark adalah sangat buruk, macam kartun dan penuh dengan streotaip," katanya....

Spielberg menubuhkan yayasan Righteous Persons pada 1994. Menggunakan hasil keuntungan dari filem Schindler's List dan Munich , yayasan itu memberi tumpuan bagi mewujudkan masyarakat Yahudi yang teguh di Amerika Syarikat. 

Persoalannya sekarang....boleh percaya ke segala Pendedahan Wikileaks?? 

Bagi aku la...tak pasti kesasihannya, mungkin ada yang benar mungkin ada yang tidak. Di internet orang boleh buat macam-macam, atau sengaja nak memecah belahkan hubungan diplomatik, umpama batu api, mengada-adakan benda yang tidak ada dan akhirnya mengeruhkan lagi keadaan. Mungkin ada muslihat yang tersembunyi....ada udang di sebalik mee...hehe... 

oh ya!! hampir terlupa aku nak bercerita mengenai biografi pengarah WikiLeaks nie... 

Julian Paul Assange 


lahir di Australia pada 3 Julai 1971. Julian Assange dulunya adalah seorang penerbit dan aktivitis internet. Sebelum mendirikan WikiLeaks pada tahun 2006, Julian Assange juga dikenal sebagai seorang Hacker (peretas) terkenal, mahasiswa matematik, dan fizik serta seorang programmer komputer. 


Lelaki berambut perang ini semasa kecilnya jarang mendapat pendidikan formal. Sejak kecil Julian Assange hidup berpindah-pindah. Julian Assange hidup berpindah selama 37 kali sebelum ia berusia 14 tahun. Pada tahun 1987 ketika usia Julian Assange baru menginjak 16 tahun, Julian Assange menjadi seorang Hacker. Bersama dua hacker lainya, Julian Assange mulai membuat kelompok, bernama International Subversives. Mereka bukan Hacker perosak program, namun mencuri informasi dan memberinya kepada umum. 


Julian Paul Assenge dan kelompoknya tercatat punya akses ke satu Universiti di Australia. Juga ke Nortel, sebuah perusahaan telekomunikasi Kanada serta organisasi-organisasi lainnya. Pada tahun 1991 Julian Assange ditangkap. Setahun kemudian Julian Assange dinyatakan bersalah dengan 24 dakwaan berkaitan aktiviti Hacker. Julian Assange bebas tahun itu juga dengan membayar wang jaminan AU$2100. Pada 2008, Julian Assange bersama sembilan orang lainya mendirikan WikiLeaksTapi hanya Julian Aassange yang dikenal kerana Julian Assange tampil sebagai juru bicara.Tujuan awal WikiLeaks adalah memberikan balasan kepada perusahaan yang bertindak tidak beretika, dan membantu membanteras korupsi di lembaga Publik ...begitu lah cerita mengenai Julian Assange...Bagi aku...walaupun beliau ditangkap, ia cukup mengkagumkan...bukan senang nak jadi hacker! huhu..


Maklumat yang terdapat di dalam blog ni ialah maklumat yg aku cari dari beberapa laman web lain. So, aku mengaku aku menciplak maklumat, xsalah kalau sekadar nak berkongsi maklumat...betul x??? huhu..tq!! 












2 comments: