11 March 2011

Sejarah SARAWAK

Peta Sarawak
Asal nama sebenar SARAWAK tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Bagaimanapun menurut beberapa pendapat nama SARAWAK asal daripada berikut :

Nama SARAWAK berasal daripada nama Sungai Sarawak. Sungai Sarawak meliputi kawasan yang di gelar sebagai "Sarawak Prosper" menganjur dari Pedalaman Kuching di Bau sehingga ke Samarahan. 

Manakala nama Sungai Sarawak pula di ambil dari nama sejenis batu bijih iaitu "serawak" dimana ia mengandungi belerang dan antimoni. (Kamus Dewan Edisi 3).  Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu semasa SARAWAK di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, wilayah SARAWAK ketika itu kaya dengan antimoni. 

Sejarah Purba. 

Pada 4000 tahun dahulu, SARAWAK ialah salah satu negeri di Asia Tenggara yang diduduki oleh manusia. Semenjak sebelum masihi lagi, manusia telah menduduki SARAWAK, ini jelas terbukti apabila ahli arkeologi telah menemui tulang manusia,tembikar, dan bekas perkuburan. 

Kurun-10 hingga kurun 19 

Pada kurun-10 hingga kurun-13, SARAWAK dikatakan berada di bawah kekuasaan Kerajaan Srivijaya. Apa yang menyebabkan orang-orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan persisiran SARAWAK ialah kerana penguasaan kerajaan 
Srivijaya ke atas wilayah persisiran SARAWAK. Orang Melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu Zaman Cina di Santubong. Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, SARAWAK dikuasai oleh Kerajaan Majapahit. Seorang Putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah berhijrah ke SARAWAK pada kurun ke-15. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa sebelum berhijrah ke SARAWAK

Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncullah golongan bangsawan Melayu Sarawak yang bergelar Abang. Golongan Melayu perabangan SARAWAK telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Dato Temenggung, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di SARAWAK

Penglibatan Inggeris

James Brooke
Apa yang diketehui secara pasti, SARAWAK terletak di bawah penguasaan Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19. SARAWAK merupakan sebuah wilayah secara tidak rapi oleh Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19. Kemudian pada 1839, James Brooke datang untuk menghantar surat pada Gabenor Sarawak, Rajah Muda Hasim. Beliau meminta bantuan James Brooke untuk membantu menenangkan keadaan SARAWAK yang kacau bilau. Pejuangan Dayak menentang penjajah Brunei terbukti hebat manakala James Brooke yang mempunyai angkatan perang yang lengkap dan beberapa kali cuba menenangkan pejuang Dayak. Sebagai balasan, James Brooke dilantik menjadi Gabenor Sarawak pada 24 September 1841. 
Pada asalnya, wilayah ini cuma merupakan hujung barat SARAWAK yang kemudian, yakni kawasan di sekitar Kuching. Sewaktu kematiannya pada 1868, anak saudara Charles Anthoni Johnson Brooke menjadi Raja. Beliau pula diwaris oleh anakandanya, Charles Vyner Brooke. 

Wilayah Brooke diperluaskan dengan pantas di bawah ketiga-tiga raja itu, kebanyakkannya melalui penjejasan kawasan yang pada nama sahaja di bawah kawalan Brunei. Sebenarnya, Brunei cuma mengawal kubu-kubu sungai dan pantai di kebanyakkan wilayah yang telah lenyap. Oleh sebab itu, kebanyakkan keuntungan yang dicapai adalah melalui penjejasan pembesar Islam dan puak tempatan yang hilang kemerdekaan de factonya. 

Dinasti Brooke memerintah SARAWAK selama seratus tahun dan mencapai kemasyhuran sebagai "Raja Putih" ("White House"), dan diberi taraf yang serupa dengan raja-raja India dalam Empayar British. Berbanding dengan banyak kawasan empayar yg lain, keluarga Brooke bermaksud pengalaman dasar Paternalisme untuk melindungi penduduk tempatan daripada ekploitasi oleh Empayar Brunei dan pendatang asing. Mereka memerintah dengan bantuan pemimpin tempatan  dan menggaji pahlawan Dayak sebagai askarnya. Mereka juga menggalakkan imigrasi kelas perdagangan Cina. 

Sejarah Moden 

Jepun menyerang SARAWAK pada 1941 dan menguasainya sepanjang Perang Dunia II SARAWAK pada masa kekalahan Jepun, 1945 ditadbir oleh British Borneo Civil Affairs Unit yang dikawal selia oleh tentera Australia. 

Sarawak merupakan salah satu daripada punca utama Konfrontasi Indonesia  pada antara 1962 dan 1966. Ia menjadi sebuah negara merdeka dan kemudian menjadi negeri autonomi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 sungguhpun pada awalnya, ia mengalami penentenangan daripada sebahagian penduduknya kerana tidak mahu SARAWAK diperintah oleh Kerajaan Malaya. 

Ibu Negeri Sarawak

Bahagian Kuching merupakan salah satu bahagian di negeri SARAWAK. Pusatnya ialah bandar Kuching, ibu negeri SARAWAK. Penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, Melayu, Bidayuh, Iban, Melanau, Orang Ulu, dan lain-lain. Terdapat Banyak tempat pelancongan yang menarik, dan ramai pelancong dari seluruh dunia yang melawat Kuching pada setiap tahun. 

Secara amnya, Kuching merupakan bandar keempat terbesar di Malaysia. Jumlah penduduk bandaraya Kuching setakat tahun 2007 dianggarkan sekitar 634 517 orang. 

Kuching telah diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Ogos 1988. Namun keluasan bandaraya Kuching amat besar. Ia dibahagikan kepada dua kawasan iaitu Kuching Utara yang ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) manakala Kuching Selatan yang ditadbir oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Kuching adalah satu-satunya bandaraya di Malaysia yang memiliki dua Datuk Bandar yang mentadbir kedua-dua kawasan ini. 

Sejarah 

Kuching mula dibuka pada awal kurun ke-17. Sebelum itu, Kuching merupakan sebuah wilayah ufti bagi kerajaan Majapahit yang ditadbir oleh Temagi di Temasik. Nama asal bagi Kuching ialah Sarawak, seperti yang diceritakan melalui beberapa versi, perkataan Sarawak itu bererti Serah Awak, yang mengikut hikayatnya semasa Awang Alak Betatar mendapatkan wilayah ini ia terbahagi kepada 5 bahagian ufti yang menganjur dari Lidah Tanah sehingga ke wilayah Kalaka sekarang. 

Konsep serah yang di amalkan oleh kerajaan Hujung Tanah di Temasik itulah memberi nama baru kepada wilayah 5 serangkai itu tadi menjadi Sarawak. Versi lain ialah apabila Pengiran Muda Hashim dari Brunei menyerahkan wilayah-wilayah yang lima itu tadi kepada James Brooke yang melekatkan nama wilayah-wilayah itu menjadi Sarawak

Ada pula versi menyatakan bahawa perkataan Kuching berasal daripada pokok buah mata kucing yang tumbuh di Bukit Mata Kucing (Lokasi sekarang Taman Permata/Kereta dan Wisma Hasil) dimana terdapat sebatang sungai kecil mengalir (Sungai Kuching) ke sungai Sarawak. Kini, sungai tersebut telah mengecil dan tertimbus akibat arus pembangunan yang berlaku dari semasa ke semasa. 

Akibat daripada pengaruh Islam yang berkembang pada kurun ke-15 dan 16 di wilayah-wilayah Majapahit, Kuching mula menerima pengaruh Islam yang disampaikan sendiri oleh beberapa pendakwah dari negara rantau Teluk yang singgah bersama-sama pedagang-pedangang Arab. Penduduk asal Kuching ialah masyarakat Bidayuh ataupun lebih dikenali sebagai masyarakat Dayak Darat dan orang-orang Saribas yang mendiami dan mengawal kawasan-kawasan lembah di sekitar  Sungai Sarawak dan Sadong di Samarahan serta masyarakat Melayu yang menjadi patron kepada dua masyarakat itu tadi.  

Bahagian Yang Terdapat Dalam Negeri Sarawak. 

Pada tahun 2002, bahagian di Sarawak telah ditambah kepada dua bahagian, iaitu bahagian Mukah dan Betong. Setakat ini, Sarawak telah mempunyai 11 bahagian keseluruhannya. Sarawak terdiri daripada 11 bahagian iaitu : (angka menunjukkan keluasan kilometer persegi)

  1. Kapit 38,933.98
  2. Miri 26,777.07
  3. Bintulu 12,166.21
  4. Sibu 8,278.29
  5. Limbang 7,790.01
  6. Mukah 6,997.61
  7. Sri Aman 5,466.25
  8. Samarahan 4,967.45
  9. Kuching 4,559.55
  10. Sarikei 4,332.35 
  11. Betong 4,180.74





    No comments:

    Post a Comment