09 March 2011

Siapa Pengasas Facebook?


Assalammualaikum .......kali nie aku nak story and berkongsi sedikit maklumat mengenai Facebook. Facebook ...telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD 300 juta pada 2008. 


Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari. Pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan daripada sebuah keluarga Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester Country, New York. 

Mark Zuckerberg





Semasa menuntut di Universiti Havard, Mark Zuckerberg telah menggodam laman sesawang Universiti untuk mendapatkan profil peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka. Jadi persoalannya, adakah jaminan profil para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya? 




Salah satu Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara tokoh paling berpengaruh dunia 2008, sebaris dengan nama Barrack Obama dan Dalai Lama. Selain itu, majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke 321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008. Apa yang lebih mengejutkan, Zuckerberg ketika usianya mencecah 24 tahun, jumlah kekayaan yang diperolehinya ialah USD 1.5 million. 


Barrack Obama


Dalai Lama
  





No comments:

Post a Comment